ALLAH test us often with suffering and with sorrow he test us not to punish us but to help us meet tomorrow

Sunday, 30 December 2012

::aku dilamar lelaki soleh::

assalammualaikum..hari ini sy dpt artikel menarik dari blog fav sy..

sekarang dipersilakan untuk anda membacanya....;)


Woi undertaker!”  Jerit Halim dari jauh. Serentak ke semua pelajar lelaki ‘geng samseng’ di sekolah agama menengah Bandar Baru memandang tepat ke wajah Dania Hurin.

“Apahal?!”  Dania membalas sambil mengunyah kerepek yang masih berbaki dalam mulutnya.
“Haha... Sejak bila pulak ko boleh join budak-budak skema kat sekolah ni? Tercalon pengawas pulak sekarang! Kah kah kah...”  Halim ketawa berdekah-dekah diikuti member-membernya.

“Peduli apa aku! Dah ustazah Norli yang nak sangat calonkan aku. Bukan aku nak pun...”  mendatar suara Dania membalas. Malas hendak dilayan. Getus hatinya.

Sambil menunggu ustazah masuk ke kelas. Semua pelajar membuat kerja masing-masing. Menjadi kebiasaan Dania Hurin, apabila ada masa terluang, dia pasti akan membuat kerjanya sendiri tanpa mempedulikan hal di sekelilingnya. Dia mula menyusun matlamatnya untuk menawan Baitul Maqdis suatu hari nanti. Tiba-tiba, Ain datang mendekatinya.

“Dania... tolong aku boleh?” muka Ain agak cemas. Mukanya seolah-olah mahu berlindung dari segala masalah.

“Hm... Apasal?”  sekilas mata Dania memandang wajah Ain, yang memegang jawatan exco sukan di sekolah itu.

“Tolong aku sound Razman. Dia tu tak habis-habis kacau aku la.... aku rimas...”  muka Ain mula tunjuk belas kasihan sambil menunjukkan bahawasanya dia ramai peminat. Sememangnya Ain seorang yang manis. Memang menjadi kebiasaan ramai lelaki cuba mendekatinya dan mengoratnya. Tidak seperti Dania, Dania Hurin seorang perempuan biasa yang berperwatakan selamba dan agak otai di sekolah membuatkan semua lelaki takut untuk mendekatinya, kecuali ‘geng dan member-member Halim!”

“Oh, hmm... tunggu dia datang, nanti aku sound...”  malas saja gaya percakapan yang dilontarkan Dania Hurin kepada kawannya itu.

“Thanks tau!”  Ain tersenyum sambil berjalan menuju ke mejanya.

Dalam beberapa minit selepas itu, Razman datang mula untuk menghampiri Ain, dengan sepantas kilat suara Dania bergetar di ruang kelas 5 Iman.

“Woi! Blah pergi tempat kau sekarang! Tak payah nak kacau anak dara orang la kalau hidup kau pun mak bapak kau masih tanggung...”  selamba ayat yang dilontarkan Dania ke arah Razman. Razman terkulat-kulat menahan malu. Sudah menjadi kebiasaannya, Razman memang agak takut untuk berdepan dengan Dania. Disebabkan Dania pernah mengoyakkan surat cintanya yang dia ingin berikan kepada Ain sewaktu ustazah sedang mengajar di kelas.

Srrrraappp!!! Surat comel itu dikoyakkan tanpa rasa bersalah. Dania memandang tepat ke muka Razman sambil memberi amaran kepadanya. “Kau nampak tak ustazah tengah mengajar kat depan tu? Yang kau selamba dadak ‘duk’ berutus surat dengan minah (Ain) ni apahal?! Aku pantang tengok orang biadap yang tak hormat bila cikgu sedang mengajar...”  terbeliak biji mata Razman. First time seumur hidupnya kena sound dengan seorang perempuan! Huh! Tercabar....

Toingg! Minda Razman kembali ke alam nyata. Dia segera berjalan menuju ke tempatnya. Memang ganas Dania Hurin Rahman yang sememangnya ditakuti oleh sebahagian pelajar lelaki di sekolah itu.

Pernah suatu ketika, Razlan menegur Dania di kantin ketika sedang rehat.
“Dania, aku dengar kau bergaduh dengan Halim. Uish! Gangster yek? Tak pernah ada orang berani dengan si Halim tu... kau memang dasyatlah..”  Razlan bersungguh ingin menunjukkan dirinya ‘kamceng’ dengan Dania di hadapan sahabat-sahabatnya. Dania tidak memandang langsung ke arah muka Razlan. Dia berjalan selamba tanpa mempedulikan Razlan yang menegurnya. Malas hendak dilayan. Tambah-tambah baru saja beberapa hari pergaduhannya dengan ‘Halim and the geng’ menyebabkan dia malas untuk bicara.

Selepas pergaduhan dia dengan Halim itulah ramai lelaki-lelaki di sekolah itu mula mengagumi Dania kerana berani berhadapan dengan Halim yang terkenal dengan pengacau dan samseng sekolah. Dan sejak itu jugalah dia digelar ‘undertaker’.
***

SPM semakin hampir, hari demi hari berlalu mereka semua berjaya menduduki SPM dengan selamat. Kini kesemua pelajar-pelajar sebaya Dania Hurin menunggu hari keputusan SPM dikeluarkan. Umurnya yang mencecah 18 tahun, dia sempat menjejakkan kaki ke sekolah agama menengah tinggi untuk menyambung pelajarannya dalam STAM (sijil tinggi agama malaysia). Dalam tempoh tahun itu dia telah berkenalan dengan seorang lelaki di alam maya. Pertama kali melihat blog lelaki itu, Dania mula jatuh hati. Pertama kali hatinya tertarik kepada seorang yang bernama LELAKI. Sedangkan di sekolah dahulu, dia memang susah untuk suka apatah lagi jatuh cinta kepada mana-mana lelaki di sekolahnya. Dia dapat merasakan lelaki dalam blog itu seorang yang baik, walaupun tanpa melihat muka dan belum pernah berkawan rapat dengannya. Dia mula semakin tertarik hati kepada lelaki itu apabila dia mula terbaca artikel di blog lelaki tersebut. Matanya menangkap pada sebuah tajuk artikel yang bertajuk, “Aku tinggalkan dia kerana Allah!”

Selepas membaca artikel itu, Dania segera menegur lelaki itu di laman chat blog lelaki tersebut.

daNia: Salam, suka baca blog saudara. Tambah2 lepas baca artikel yang saudara post tu... tu memang kisah saudara ke? Kalau betul kisah saudara, saya memang kagum...
comment published

Selepas beberapa hari tak online, Dania membuka komputer di biliknya. Dia online... dan segera melihat di emailnya, adakah lelaki tersebut membalas. Dan ternyata lelaki itu membalasnya...

FatHuL QawiYy: Wassalam... oh, itu bukan kisah ana.. itu kisah sahabat ana, tapi ana copy dan publish di blog ana. Shukron ukhti kerana sudi ziarah blog ana...

daNia: oh, saya ingat kisah saudara... baguslah saudara berdakwah di alam maya macamni, jarang saya jumpa, ini first time saya jumpa orang berdakwah di alam maya..

***

Hari demi hari, waktu demi waktu, kini Dania Hurin dapat melanjutkan pelajarannya di UIA, di matrikulasi Uia banyak dia menimba ilmu dan pengalaman serta mempunyai kawan-kawan yang amat peramah dan bermacam-macam jenis perangai. Dengan perwatakan Dania yang masih belum berubah, sikapnya yang selamba, perwatakannya yang agak ganas dan otai itu, masih ramai kawan-kawan yang suka berkawan dengannya, dan tidak asing lagi, Dania sering digunakan kawan-kawannya untuk menjadi ‘body guard’ atau ‘protecter’ buat mereka. Disebabkan Dania seorang yang kasar dan ganas, dia sering membantu kawan-kawannya yang diganggu oleh lelaki-lelaki miang di UIA...

“Oh, gedebeyy dah masukkk...”  jerit Hassan dengan loghat ‘kelantan’ nya sambil mengambil posisi kedudukannya di kelas.

Dania Hurin masuk ke kelas sambil membuka begnya yang disangkut senget di bahunya. Dia memandang sekilas wajah Hassan. Agak bengang juga apabila gelaran ‘gedebey’ yang diberikan itu kepadanya. Bukan itu yang dia inginkan. Cukup hormat dan kesefahaman yang dia mahukan daripada sahabat-sahabat lelakinya. Tetapi masih belum wujud sahabat lelaki seperti  itu. Hatinya mula memberontak.
***

Selepas setahun setengah di matrik UIA, Dania Hurin berpindah ke UIA Gombak. Di sana bertambah-tambah cabaran yang dia bakal lalui. Dan situlah bermulanya pelbagai ujian dan cabaran buatnya....

‘Kitna pyaara hai ye pyaar... pyaara pyaara....’  (ringtone)

Dania Hurin yang sedang sedap tidur, melihat nama di skrin handphone-nya. Nama ‘Abah sayang’ tertera di skrin handphone. Dia mula mengangkat malas.

“Hello abah... kenapa call Nia?”  suara Dania serak-serak basah sambil menahan kuap.

“Nia ni... tak habis-habis tidur... ish3... ni abah nak bagitau, minggu ni Nia balik rumah tau, ada benda abah nak bincang...”

“Bincang apa abah?” 

“ada orang masuk minang Nia...”

“What?!”  bulat mata Dania terkejut... minang?! Siapa yang masuk minang aku?! Aku tak de kenal dengan mana2 lelaki pun. Arghh! Setahu aku, mana ada lelaki suka kat aku yang ganas macamni... aduhhh....

“abah ni jangan gurau-gurau dengan Nia...”  Dania mula duduk kerana terperanjat dan tidak percaya..

“Abah pernah ke tipu Nia? Tak pelah, Nia balik je minggu ni, nanti kita bincang selanjutnya...”

***

“Ya Allah.... cuaknya aku nak berhadapan dengan keluarga dia... dah la abah kata dia belajar agama, sama macam aku.. baik, selalu pergi masjid, ada jemaah, ada fikrah, selalu join usrah, berjanggut ciput, kopiah sentiasa pakai... perghhhh!!! Layak ke dengan aku????”  Dania Hurin mula menyoal dirinya sendiri.

Dania yang mengenakan jubah labuh berwarna hijau dan tudung bidang berwarna hitam duduk berdebar-debar menunggu apa yang bakal terjadi. Dia hanya berserah. Solat istikharah yang dilakukannya semalam, menjadi kekuatan baginya untuk pasrah dan redha atas segalanya.

“Assalamu’alaikum...”  suara lelaki muda memberi salam menuju masuk ke rumahnya. Abah segera menyahut dan menjemputnya masuk. Mata Dania masih tertumpu di karpet rumahnya. Malu dan cuak untuk mengangkat wajah. Habis hilang segala keotaiannya.

“Nia, ini dia bakal suami Nia, Fathul Qawiyy...”  bulat mata Dania mendengar nama lelaki itu. Bukankah itu lelaki yang pernah dia kenal di blog beberapa tahun lepas? Atau lelaki lain tapi nama sama? Dania segera memandang wajah lelaki itu, dan ya! Ternyata dia lelaki itu! Dania kembali terimbas semula ingatannya yang dahulu dia pernah terlihat foto lelaki itu di blog. Disebabkan gambarnya yang kecil ketika itu, jadi Dania acuh tak acuh saja melihatnya.

Mindanya ligat berfikir. Adakah Allah telah memakbulkan doaku agar dikurniakan lelaki soleh? Adakah Allah telah memakbulkan doaku agar aku dikurniakan lelaki yang baik dan setia? Subhanallah.... teringat kembali bait-bait Fathul Qawiyy selepas perkenalan mereka mencecah satu tahun dahulu...

Fathul: Ana akan datang lamar Nia lepas ana habis study... ini last mesej ana dan kita tak perlu berhubung lagi sebab ana memang tak suka dengan hubungan kita yang macam ni... kalau ada jodoh, insha-Allah Allah akan permudahkan...

‘Eeii.. pelik betul lelaki ni, memang dasar lelaki! Tak setia! Dah jumpa perempuan lain, nak tinggalkan aku! Arghh... boring!

Dania Hurin malas hendak berfikir panjang. Dia kemudian tersedar dari lamunan. Tak sangka, Fathul Qawiyy memang seorang yang jujur dan setia. Dia sangat berpegang pada syari’at dan janji. Subhanallah, aku tak sangka aku dikurniakan lelaki seSoleh macamni...
***

Kini sudah setahun perkahwinan Dania Hurin dan Fathul Qawiyy... mereka dikurniakan sepasang anak kembar yang sangat comel. Kehidupan mereka bahagia setelah memilih jalan yang diredhai oleh Allah swt bukan jalan maksiat yang berbaur aroma neraka yang menyala-nyala....

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”  ( Fatimah Syarha ) 
The purest of love is when you love someone so much, you don't want to even touch him/her with you mind, you don't want to do even a single bit of ''haram''ness with him/her and you leave everything to the Greatest One ( Allah SWT )

Wednesday, 19 December 2012

anda selalu saya ingat..♥ sanah helwah..

asslammualaikum wbt..

hari ni mendung+hujan+ribu+gelap...ALLAHUAKBAR..kuasa ALLAH SWT..

ok..post ni untuk kaka-kaka insan heart...hee..

untuk tahun depan..sy ada exam..exam besar la bagi sy..jadi kan fb,twiter sy x akan buka..untuk sementara.sementara ja x lama..:)..

fala gurl..

nama dia fala..dia ni baik sangat..dia selalu  sembang dengan sy..dia selalu kalau sembang dengan sy malam..sbb pagi dia keja..kesian dia sanggup layanz sy tengah-tengah malam..heee..ka fala ni nurse..hah!..hebaq na..:D..jadi untuk ka fala "HAPPY BIRTDAY" wish ni terlalu awal..tapi nnti kalau dah diactive fb malas la nak buka..maklumlah nanti buka ..belajar tiada..hee..jadi untuk ka fala..jaga diri ok..jangan sedih-sedih ALLAH SWT sentiasa dengan akk..;)...

nur qalbi

nama betul dia huda..tapi nma dekat fb nur qalbi..sy panggi ka qalbi ja..akk ni pandai bahasa arab..dia selalu ajar sy..sy tanya macam! dia pun jawab jgk..hee..ka qalbi nie belajar dekat new zealand..jauh tu..biasa masa malaysia dengan newzealand ni beza..sini pagi..sana malam..jadi kadan-kadang bila chat tu..singkat..kesian dia kadang tengah malam nak pagi pun still on9 tolong sy..ka qolbi "HAPPY BIRTDAY"..ni ja yang mampu sy ungkap..thn dpn x buka fb lagi ..jadi nanti mimipi sy ja lah..wewewe..;)

nurul farah farihah

kaka ni pandai buat dp..cantik-cantik dp dia..kalau nak pegi lah page dia "kalam bidadari copy right" banyak dp dekat sana..paling best tu..dia selalu tag dp dekat sy...kadang-kadang sy sampai x perasan..rasa bersalah jugak sebab TERlupa like..TERlupa komen..tapi terima kasih sangat sudi tag sy..isnya ALLAH sy akan sentiasa ingat dp akk tu sampai bila..:)..kaka nak wish "HAPPY BIRTDAY" jugak..jaga diri..seperti akk cakap.."jaga diri,dan iman"..:D

mas mazura

amboi..kaka ni lah yang buat group "teratak ukhwah" nak masuk boleh saja..dalam itu informasi  islamic banyak..:)..akk ni pun baik selalu tanya khbar..pernah ajar masak burger dill..kuangkuang..sedap...:D..
kepada ka mas..la macam warkah sudah ni..;).."HAPPY BIRTDAY"..ka mas jangan lupa sy..ok..

ok itu ja post kali ni..semata-mata nak ucap "happy birtday"....kesian mereka nanti sy x sempat wish..:)..ini ja mampu..

terima kasih jadi sahabat saya..hanya ALLAH SWT yang dapat membalas kebaikan kalian walaupun x pernah bersua..insya ALLAH suatu hari nanti ALLAH akan pertemukan kita..:)


Tuesday, 18 December 2012

Bilal bin Rabah


Namanya adalah Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap penasaran untuk mendengarnya.
Bilal lahir di daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, sedangkan ibunya bernama Hamamah, seorang budak wanita berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Karena ibunya itu, sebagian orang memanggil Bilal dengan sebutan ibnus-Sauda’ (putra wanita hitam).
Bilal dibesarkan di kota Ummul Qura (Mekah) sebagai seorang budak milik keluarga bani Abduddar. Saat ayah mereka meninggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum kafir.
Ketika Mekah diterangi cahaya agama baru dan Rasul yang agung Shalallahu ‘alaihi wasallam mulai mengumandangkan seruan kalimat tauhid, Bilal adalah termasuk orang-orang pertama yang memeluk Islam. Saat Bilal masuk Islam, di bumi ini hanya ada beberapa orang yang telah mendahuluinya memeluk agama baru itu, seperti Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar ash-Shiddiq, Ali bin Abu Thalib, ‘Ammar bin Yasir bersama ibunya, Sumayyah, Shuhaib ar-Rumi, dan al-Miqdad bin al-Aswad.
Bilal merasakan penganiayaan orang-orang musyrik yang lebih berat dari siapa pun. Berbagai macam kekerasan, siksaan, dan kekejaman mendera tubuhnya. Namun ia, sebagaimana kaum muslimin yang lemah lainnya, tetap sabar menghadapi ujian di jalan Allah itu dengan kesabaran yang jarang sanggup ditunjukkan oleh siapa pun.
Orang-orang Islam seperti Abu Bakar dan Ali bin Abu Thalib masih memiliki keluarga dan suku yang membela mereka. Akan tetapi, orang-orang yang tertindas (mustadh’afun) dari kalangan hamba sahaya dan budak itu, tidak memiliki siapa pun, sehingga orang-orang Quraisy menyiksanya tanpa belas kasihan. Quraisy ingin menjadikan penyiksaan atas mereka sebagai contoh dan pelajaran bagi setiap orang yang ingin mengikuti ajaran Muhammad.
Kaum yang tertindas itu disiksa oleh orang-orang kafir Quraisy yang berhati sangat kejam dan tak mengenal kasih sayang, seperti Abu Jahal yang telah menodai dirinya dengan membunuh Sumayyah. Ia sempat menghina dan mencaci maki, kemudian menghunjamkan tombaknya pada perut Sumayyah hingga menembus punggung, dan gugurlah syuhada pertama dalam sejarah Islam.
Sementara itu, saudara-saudara seperjuangan Sumayyah, terutama Bilal bin Rabah, terus disiksa oleh Quraisy tanpa henti. Biasanya, apabila matahari tepat di atas ubun-ubun dan padang pasir Mekah berubah menjadi perapian yang begitu menyengat, orang-orang Quraisy itu mulai membuka pakaian orang-orang Islam yang tertindas itu, lalu memakaikan baju besi pada mereka dan membiarkan mereka terbakar oleh sengatan matahari yang terasa semakin terik. Tidak cukup sampai di sana, orang-orang Quraisy itu mencambuk tubuh mereka sambil memaksa mereka mencaci maki Muhammad.
Adakalanya, saat siksaan terasa begitu berat dan kekuatan tubuh orang-orang Islam yang tertindas itu semakin lemah untuk menahannya, mereka mengikuti kemauan orang-orang Quraisy yang menyiksa mereka secara lahir, sementara hatinya tetap pasrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kecuali Bilal, semoga Allah meridhainya. Baginya, penderitaan itu masih terasa terlalu ringan jika dibandingkan dengan kecintaannya kepada Allah dan perjuangan di jalan-Nya.
Orang Quraisy yang paling banyak menyiksa Bilal adalah Umayyah bin Khalaf bersama para algojonya. Mereka menghantam punggung telanjang Bilal dengan cambuk, namun Bilal hanya berkata, “Ahad, Ahad … (Allah Maha Esa).” Mereka menindih dada telanjang Bilal dengan batu besar yang panas, Bilal pun hanya berkata, “Ahad, Ahad ….“ Mereka semakin meningkatkan penyiksaannya, namun Bilal tetap mengatakan, “Ahad, Ahad….”
Mereka memaksa Bilal agar memuji Latta dan ‘Uzza, tapi Bilal justru memuji nama Allah dan Rasul-Nya. Mereka terus memaksanya, “Ikutilah yang kami katakan!”
Bilal menjawab, “Lidahku tidak bisa mengatakannya.” Jawaban ini membuat siksaan mereka semakin hebat dan keras.
Apabila merasa lelah dan bosan menyiksa, sang tiran, Umayyah bin Khalaf, mengikat leher Bilal dengan tali yang kasar lalu menyerahkannya kepada sejumlah orang tak berbudi dan anak-anak agar menariknya di jalanan dan menyeretnya di sepanjang Abthah1 Mekah. Sementara itu, Bilal menikmati siksaan yang diterimanya karena membela ajaran Allah dan Rasul-Nya. Ia terus mengumandangkan pernyataan agungnya, “Ahad…, Ahad…, Ahad…, Ahad….” Ia terus mengulang-ulangnya tanpa merasa bosan dan lelah.
Suatu ketika, Abu Bakar Rodhiallahu ‘anhu mengajukan penawaran kepada Umayyah bin Khalaf untuk membeli Bilal darinya. Umayyah menaikkan harga berlipat ganda. Ia mengira Abu Bakar tidak akan mau membayarnya. Tapi ternyata, Abu Bakar setuju, walaupun harus mengeluarkan sembilan uqiyah emas.
Seusai transaksi, Umayyah berkata kepada Abu Bakar, “Sebenarnya, kalau engkau menawar sampai satu uqiyah-pun, maka aku tidak akan ragu untuk menjualnya.”
Abu Bakar membalas, “Seandainya engkau memberi tawaran sampai seratus uqiyah-pun, maka aku tidak akan ragu untuk membelinya.”
Ketika Abu Bakar memberi tahu Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bahwa ia telah membeli sekaligus menyelamatkan Bilal dari cengkeraman para penyiksanya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada Abu Bakar, “Kalau begitu, biarkan aku bersekutu denganmu untuk membayarnya, wahai Abu Bakar.”
Ash-Shiddiq Rodhiallahu ‘anhu menjawab, “Aku telah memerdekakannya, wahai Rasulullah.”
Setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam mengizinkan sahabat-sahabatnya untuk hijrah ke Madinah, mereka segera berhijrah, termasuk Bilal Rodhiallahu ‘anhu. Setibanya di Madinah, Bilal tinggal satu rumah dengan Abu Bakar dan ‘Amir bin Fihr. Malangnya, mereka terkena penyakit demam. Apabila demamnya agak reda, Bilal melantunkan gurindam kerinduan dengan suaranya yang jernih,
“Duhai malangnya aku, akankah suatu malam nanti ,Aku bermalam di Fakh dikelilingi pohon idzkhir dan jalil, Akankah suatu hari nanti aku minum air Mijannah ,Akankah aku melihat lagi pegunungan Syamah dan Thafil”
Tidak perlu heran, mengapa Bilal begitu mendambakan Mekah dan perkampungannya; merindukan lembah dan pegunungannya, karena di sanalah ia merasakan nikmatnya iman. Di sanalah ia menikmati segala bentuk siksaan untuk mendapatkan keridhaan Allah. Di sanalah ia berhasil melawan nafsu dan godaan setan.
Bilal tinggal di Madinah dengan tenang dan jauh dari jangkauan orang-orang Quraisy yang kerap menyiksanya. Kini, ia mencurahkan segenap perhatiannya untuk menyertai Nabi sekaligus kekasihnya, Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam. Bilal selalu mengikuti Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam ke mana pun beliau pergi. Selalu bersamanya saat shalat maupun ketika pergi untuk berjihad. Kebersamaannya dengan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam ibarat bayangan yang tidak pernah lepas dari pemiliknya.
Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam selesai membangun Masjid Nabawi di Madinah dan menetapkan azan, maka Bilal ditunjuk sebagai orang pertama yang mengumandangkan azan (muazin) dalam sejarah Islam.
Biasanya, setelah mengumandangkan azan, Bilal berdiri di depan pintu rumah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam seraya berseru, “Hayya ‘alashsholaati hayya ‘alashsholaati…(Mari melaksanakan shalat, mari meraih keuntungan….)” Lalu, ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam keluar dari rumah dan Bilal melihat beliau, Bilal segera melantunkan iqamat.
Suatu ketika, Najasyi, Raja Habasyah, menghadiahkan tiga tombak pendek yang termasuk barang-barang paling istimewa miliknya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam mengambil satu tombak, sementara sisanya diberikan kepada Ali bin Abu Thalib dan Umar ibnul Khaththab, tapi tidak lama kemudian, beliau memberikan tombak itu kepada Bilal. Sejak saat itu, selama Nabi hidup, Bilal selalu membawa tombak pendek itu ke mana-mana. Ia membawanya dalam kesempatan dua shalat ‘id (Idul Fitri dan Idul Adha), dan shalat istisqa’ (mohon turun hujan), dan menancapkannya di hadapan beliau saat melakukan shalat di luar masjid.
Bilal menyertai Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam dalam Perang Badar. Ia menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah memenuhi janji-Nya dan menolong tentara-Nya. Ia juga melihat langsung tewasnya para pembesar Quraisy yang pernah menyiksanya dengan hebat. Ia melihat Abu Jahal dan Umayyah bin Khalaf tersungkur berkalang tanah ditembus pedang kaum muslimin dan darahnya mengalir deras karena tusukan tombak orang-orang yang mereka siksa dahulu.
Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menaklukkan kota Mekah, beliau berjalan di depan pasukan hijaunya bersama ’sang pengumandang panggilan langit’, Bilal bin Rabah. Saat masuk ke Ka’bah, beliau hanya ditemani oleh tiga orang, yaitu Utsman bin Thalhah, pembawa kunci Ka’bah, Usamah bin Zaid, yang dikenal sebagai kekasih Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam dan putra dari kekasihnya, dan Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam.
Shalat Zhuhur tiba. Ribuan orang berkumpul di sekitar Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, termasuk orang-orang Quraisy yang baru masuk Islam saat itu, baik dengan suka hati maupun terpaksa. Semuanya menyaksikan pemandangan yang agung itu. Pada saat-saat yang sangat bersejarah itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam memanggil Bilal bin Rabah agar naik ke atap Ka’bah untuk mengumandangkan kalimat tauhid dari sana. Bilal melaksanakan perintah Rasul Shalallahu ‘alaihi wasallam dengan senang hati, lalu mengumandangkan azan dengan suaranya yang bersih dan jelas.
Ribuan pasang mata memandang ke arahnya dan ribuan lidah mengikuti kalimat azan yang dikumandangkannya. Tetapi di sisi lain, orang-orang yang tidak beriman dengan sepenuh hatinya, tak kuasa memendam hasad di dalam dada. Mereka merasa kedengkian telah merobek-robek hati mereka.
Saat azan yang dikumandangkan Bilal sampai pada kalimat, “Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)”. Juwairiyah binti Abu Jahal bergumam, “Sungguh, Allah telah mengangkat kedudukanmu. Memang, kami tetap akan shalat, tapi demi Allah, kami tidak menyukai orang yang telah membunuh orang-orang yang kami sayangi.” Maksudnya, adalah ayahnya yang tewas dalam Perang Badar.
Khalid bin Usaid berkata, “Aku bersyukur kepada Allah yang telah memuliakan ayahku dengan tidak menyaksikan peristiwa hari ini.” Kebetulan ayahnya meninggal sehari sebelum Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam masuk ke kota Mekah..
Sementara al-Harits bin Hisyam berkata, “Sungguh malang nasibku, mengapa aku tidak mati saja sebelum melihat Bilal naik ke atas Ka’bah.”
AI-Hakam bin Abu al-’Ash berkata, “Demi Allah, ini musibah yang sangat besar. Seorang budak bani Jumah bersuara di atas bangunan ini (Ka’bah).”
Sementara Abu Sufyan yang berada dekat mereka hanya berkata, “Aku tidak mengatakan apa pun, karena kalau aku membuat pernyataan, walau hanya satu kalimat, maka pasti akan sampai kepada Muhammad bin Abdullah.”
Bilal menjadi muazin tetap selama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam hidup. Selama itu pula, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam sangat menyukai suara yang saat disiksa dengan siksaan yang begitu berat di masa lalu, ia melantunkan kata, “Ahad…, Ahad… (Allah Maha Esa).”
Sesaat setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam mengembuskan nafas terakhir, waktu shalat tiba. Bilal berdiri untuk mengumandangkan azan, sementara jasad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam masih terbungkus kain kafan dan belum dikebumikan. Saat Bilal sampai pada kalimat, “Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)”, tiba-tiba suaranya terhenti. Ia tidak sanggup mengangkat suaranya lagi. Kaum muslimin yang hadir di sana tak kuasa menahan tangis, maka meledaklah suara isak tangis yang membuat suasana semakin mengharu biru.
Sejak kepergian Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasallam, Bilal hanya sanggup mengumandangkan azan selama tiga hari. Setiap sampai kepada kalimat, “Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)”, ia langsung menangis tersedu-sedu. Begitu pula kaum muslimin yang mendengarnya, larut dalam tangisan pilu.
Karena itu, Bilal memohon kepada Abu Bakar, yang menggantikan posisi Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasallam sebagai pemimpin, agar diperkenankan tidak mengumandangkan azan lagi, karena tidak sanggup melakukannya. Selain itu, Bilal juga meminta izin kepadanya untuk keluar dari kota Madinah dengan alasan berjihad di jalan Allah dan ikut berperang ke wilayah Syam.
Awalnya, ash-Shiddiq merasa ragu untuk mengabulkan permohonan Bilal sekaligus mengizinkannya keluar dari kota Madinah, namun Bilal mendesaknya seraya berkata, “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkau berhak menahanku, tapi jika engkau telah memerdekakanku karena Allah, maka biarkanlah aku bebas menuju kepada-Nya.”
Abu Bakar menjawab, “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah, dan aku memerdekakanmu juga karena Allah.”
Bilal menyahut, “Kalau begitu, aku tidak akan pernah mengumandangkan azan untuk siapa pun setelah Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasallam wafat.”
Abu Bakar menjawab, “Baiklah, aku mengabulkannya.” Bilal pergi meninggalkan Madinah bersama pasukan pertama yang dikirim oleh Abu Bakar. Ia tinggal di daerah Darayya yang terletak tidak jauh dari kota Damaskus. Bilal benar-benar tidak mau mengumandangkan azan hingga kedatangan Umar ibnul Khaththab ke wilayah Syam, yang kembali bertemu dengan Bilal Rodhiallahu ‘anhu setelah terpisah cukup lama.
Umar sangat merindukan pertemuan dengan Bilal dan menaruh rasa hormat begitu besar kepadanya, sehingga jika ada yang menyebut-nyebut nama Abu Bakar ash-Shiddiq di depannya, maka Umar segera menimpali (yang artinya), “Abu Bakar adalah tuan kita dan telah memerdekakan tuan kita (maksudnya Bilal).”
Dalam kesempatan pertemuan tersebut, sejumlah sahabat mendesak Bilal agar mau mengumandangkan azan di hadapan al-Faruq Umar ibnul Khaththab. Ketika suara Bilal yang nyaring itu kembali terdengar mengumandangkan azan, Umar tidak sanggup menahan tangisnya, maka iapun menangis tersedu-sedu, yang kemudian diikuti oleh seluruh sahabat yang hadir hingga janggut mereka basah dengan air mata. Suara Bilal membangkitkan segenap kerinduan mereka kepada masa-masa kehidupan yang dilewati di Madinah bersama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam..BiIal, “pengumandang seruan langit itu”, tetap tinggal di Damaskus hingga wafat.


nailah al farafisha

Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.
Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.
Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.
Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.
Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailahmenahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.
Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.
Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah mengahntar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.
Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.
Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".
Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".
Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nialah banyak mengubah sajah dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.

KHAULAH AL AZWAR


Khaulah Al-Azwar, Serikandi Medan Jihad


Oleh: Ustazah Hanisah Harun
Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. 

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian. 

Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. 

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
 
 Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi. 

Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu  Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi. 


Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu  seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani, yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera Romawi. Mampukah kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya?

Siapa kata wanita itu lemah..sirah telah membuktikan bahawa wanita bukanlah insan yang lemah..tangan-tangan wanitalah yang akan menggoncang dunia..Bidadari besi ini wajar dijadikan contoh dalam kehidupan..mampukah kita??tepuk dada tanyalah iman..wallahuaalam =)

suber: mohammadazhan..

Monday, 17 December 2012

sahabat...♥

asslammualaikum wbt

apa khabar anda hari ni? sihat?..

sahabat..ya ALLAH untungnya sy menjadi sahabat dan bersahabat..

lama sudah cuti ni dekat 1 bulan lebih..kawan-kawan pun ada yang balik kampung dan ada juga yang tiada khabar berita..:)..

cuti ni lah masa untuk fresh kan otak..sekian lama belajar..heee...menuntut ilmu itu wajib tau..yang penting ilmu kita tuntut itu memeberi kebaikan..:)

suzi dn ifah..kawan baik ni susah senang ada ja dorang tolong..teman ketawa,sedih,belajar,,,

suzi..dia ni seorang yang pendiam dan bila orang cakap dengan dia..dia akan jawab " aku x tau"..heee..tapi yang sangat besnya suzi ni lah yg selalu buat ketawa menceriakan suasana.lagi satu dia ni pandai cakap cina terer belajar sikit..tapi dia ni selalu sja rendah diri..kadang-kadang kesian juga dia..

iffah..jeng..jeng..ini kawan sy sejak tahun satu lagi...9 tahun sudah kmi bersahabat..ALHAMDULILAH..ni memang super happy punya..ada ja benda dia mau gelak..spothing dia ni..sebeb tu lah kami selalu sama-sama tiada iffah rasa x best..betul!..

semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat..hanya 1 matlamat kita iaitu berjaya dalam hidup itu semua kerana ALLAH SWT..:)

seseorang perlu sahabat yang sejati..bukan sahabat yang chipsmore.
dari Nu'man bin basyir ,Rasulullah SWA bersabda:

"teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya ,kamu teringat akan ALLAH,mendegar kata-katanya menambahkan ilmu agama,melihat gerak gerinya teringat mati".






















































































Thursday, 13 December 2012

warkah cinta..

assalamualaikum wbt...

sekarang ni drama warkah cinta jadi tontonan ramai orang..uhh..tapi memang best..novel dia walaupun x baca tapi bila tengok dramanya memang ferhhhh...

sebenarnya lama sudah tunggu tayangan dia..pada 21/10 (x silap) dah mula ditanyangkan..setengah jam sebelum bersiar sudah siap-siap depan tv..semangat..semangat..

cantik susunan cerita dia penuh dengan pengisian islamic..ALLAHUAKBAR.. ia bercerita kuatnya hati seorang hamba yang hanya melafazkan cinta setelah nikah..cuba tengok dekat youtube ada tu..

episod 1 memang tengok tapi start episod 3,4,5,6 dan seterusnya tengok dalam youtube..sebab? ada sibuk sikit..nasib baik ada dekat youtube bleh tengok banyak kali..:)

kesian sikit tengok watak wardah tu..sampai sakit x mau makan tapi tetap kuat ...amir pula tegar hati dia ...sepupu wardah tu pula setia bersama wardah bila mengahdapi masaalah ..tasnim pula sahabat setia..untugla..

pengambaran pula di tempat-tempat yang best..:)..

jan lupa menonton warkah cinta berbau syurga..:)..

itu saja..kali ni ..:)





Tuesday, 11 December 2012

kena boikot??

assalammualaikum wbt..

cuaca hari ni cerah sikit..semalam hujan..x sempat update post..hari ni baru ada kesempatan..:)

ok boikot? apa tu boikot? sejenis makanan? sejenis pakain?sepotong kek?...hoho

ramai x faham lagi kan..di sini sy kongsi sikit apa itu boikot? dan kena perlu boikot barangan yahudi ni?

maksud boikot ni ialah memulaukan dan tidak membeli barangan buatan mereka atau lebih tepat lagi menyalurkan sumber ekonomi kepada mereka.(sumber>blog hijrah huzaifah).

dah tau kan maksud boikot tu apa??

tak perlu ambil kisah sangatlah bab boikot ni??

> tak ambil kisah? anda sanggup melihat saudara seislam kita di palestin tu merana?..cakap memang senang tapi kalau kita berada di tempat mereka agak-agak macam mana rasanya?...

kalau aku..aku biarkan je mereka tu buakan bagi duit kat aku pun.

> celik mata sikit..nak biarkan?  palestin dengan kita ibarat mereka terasa sakit kita pun terasa sakit..memang mereka tak bagi duit tapi sebagai insan yang ada hati ada akal ALLAH bagi ni  tolong doaakan mereka..hanya itu yang mereka perlukan..

tak perlu la susah-susah nak derman.

>adushh mau cakap macam mana lagi ni....derma..ingatlah apa yang kamu ada tu milik ALLAH..apa salahnya gunakan harta yang kita ada tu ke jalan ALLAH..tak rugi pun..sehinggit pun kira derma..kan dah kata tadi memang dorang tak perlukan duit..tapi sanggup ka kita ni tenggok mereka terputus bekalan ubat-ubat...sekurang-kurangnya tolong la jugak derma bentuk kewangan..

dari sumber fanpage dekat fb sy tu.. kanak-kanak di palestin tak minta duit tapi yang mereka minta hanya
diambil gambar...:(

semoga ALLAH sentiasa bersama mu wahai saudara ku..kami sentiasa menadah tangan untuk mendoakanmu..kamu tak bersendirian..

<maafkan hamba jika tersalah..sama-sama kita perbaiki>..

^_^..^_^

Monday, 10 December 2012

kisah sedih seorang ibu..


asslammualaikum wbt..

masa sy bodek-bodek google cari artikel untuk update dkt blog tetiba dapat artikel ini..
sy ingat lagi dulu masa tahun 6 masa upsr cikgu selalu pasang video berkenaan cerita ini..
memang sedih..sedih..sehinggakan kawan sy ada yang menangis teresak-esak..ALLAHUAKBAR..
sungguh besar pengorbanan ibu kita..:)..


Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…

Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

kasih sedih seorang ibu

assalammualaikum wbt...

hari ni sy ada baca 1 artikel dan sy nk kongsi dgn anda...renungan untuk kita bersama..:)



Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.














gaza kami bersamamu

assalammualaikum wbt...

alhamdulilah hari ini baru ada kesempatan untuk update blog...hari ini sy ingin berkongsi artikel bertajuk

"GAZA KAMI BERSAMAMU"


merah darahmu tertumpah lagi
itu tanda syahid bagimu..
kami di sini terus berdoa..
untuk kalian bebas di
tanah sendiri...

tagisan anak-anak tidak berdosa
kian luluh hati terasa...
diseksa tanpa rasa insani..
jangan mennagis engkau juga bakal syahid..

mereka bejuang tegak berdiri..
demi untuk agama tercinta
seksa musuh tak dipeduli
kerana yakin ALLAH berkuasa..


Tersentuh hati apabila melihat gambar-gambar yang terpapar di media semasa..sangat jelas terseksanya penduduk gaza yang sedang berjuang dan rela kehilangan nyawa.ALLAHUAKBAR!

jika ditanya  kenapa kamu berjuang?

tiada perkataan yang lain disebut melainkan "syahid".

jiwa kental mengharunggi musuh tanpa sedikit pun rasa takut..kekuatan mereka kerana ALLAH ...jangan kuatir kelak kemenangan akan kau perolehi...:)





GAZA SUNGGUHPUN KAU MENDERITA..SESUNGUHNYA DOA KAMI DI SINI TAK AKAN PUTUS..
ENGKAU MATI DENGAN SYAHID..ALLAH SENTIASA BERSAMAMU
SUDAH TERTULIS SYURGA BUATMU…


::jika ada yang salah sila tegur..sama2x kita perbaiki..:)::

 jazakumullahu khair katheera




Saturday, 8 December 2012

salman al farisi


esungguhnya sesiapa yang mencari kebenaran, pasti akan menemuinya. Kisah ini adalah kisah benar pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman Salman Al Farisy
Marilah kita semak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya. seorang sahabat Rasulullah saw.
Dari Abdullah bin Abbas Radliyallahu 'Anhuma berkata, "Salman al-Farisi Radliyallahu 'Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Kata Salman, "Saya pemuda Parsi, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapaku pemimpin Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Aku adalah insan yang paling disayangi ayah sejak dilahirkan. Kasih sayang beliau semakin bertambah seiring dengan peningkatan usiaku, sehingga kerana teramat sayang, aku dijaga di rumah seperti anak gadis.
Aku mengabdikan diri dalam Agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsaku).  Aku ditugaskan untuk menjaga api penyembahan kami supaya api tersebut sentiasa menyala.
Ayahku memiliki kebun yang luas, dengan hasil yang banyak Kerana itu beliau menetap di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapa pulang ke desa untuk menyelesaikan suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, "Hai anakku! Bapa sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus kebun kita hari ini menggantikan Bapa.''
Aku pergi ke kebun kami. Dalam perjalanan ke sana aku melalui sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sembahyang. Suara itu sangat menarik perhatianku.
Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapa di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapapun. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku tertarik untuk masuk ke gereja itu  dan mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Aku kagum dengan cara mereka bersembahyang dan ingin menyertainya.
Kataku, "Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami."Aku tidak berganjak dari gereja itu sehinggalah petang. Sehingga aku terlupa untuk ke kebun.
Aku bertanya kepada mereka, "Dari mana asal agama ini?"
"Dari Syam (Syria)," jawab mereka.
Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapa bertanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.
Jawabku, "Wahai, Bapa! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku berada di gereja mereka sampai petang."
Bapa menasihati akan perbuatanku itu. Katanya, "Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!"
Jawabku, "Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita."
Bapa khuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anuti. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.
Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka untuk memaklumkan kepadaku andai ada kafilah yang  akan ke Syam supaya memberitahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku.
Maka aku berusaha untuk membebaskan diri daripada rantai yang membelengu diriku dan melarikan diri bersama kafilah tersebut ke Syam.
Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, "Siapa kepala agama Nasrani di sini?"
"Uskup yang menjaga "jawab mereka.
Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, "Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama anda."
'Masuklah!" kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.
Setelah beberapa lama aku berbakti kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama'ahnya bersedekah dan mendorong umatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul, disimpannya saja dalam perbendaharaannya dan tidak dibahagi-bahagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah berkumpul sebanyak tujuh peti emas.
Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang mengambil kesempatan untuk mengumpul harta dengan duit sedekah kaumnya. tidak lama kemudian dia meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak menguburkannya.
Aku berkata kepada mereka, 'Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin."
Tanya mereka, "Bagaimana kamu tahu demikian?"
Jawabku, "Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya."
Kata mereka, "Ya, tunjukkanlah kepada kami!"
Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, "Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!"
Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.
Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, "Wahai guru! Kepada siapa guru mempercayakanku seandainya guru meninggal. Dan dengan siapa aku harus berguru sepeninggalan guru?"
Jawabnya, "Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!"
Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah meninggal itu.
Kata pendeta Mosul, "Tinggallah bersama saya."
Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, "Sebagaimana guru ketahui, mungkin ajal guru sudah dekat. Kepada siapa guru mempercayai seandainya  guru sudah tiada?"
Jawabnya, "Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!"
Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.
Kata pendeta Nasibin, "Tinggallah bersama kami!"
Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar dengannya sehinggalah beliau wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, "Guru sudah tahu perihalku maka kepada siapa harusku berguru seandainya guru meninggal?"
Jawabnya, "Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah dia!"
Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.
Katanya, "Tinggallah bersama kami!
Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, "Guru sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayai seandainya  guru meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?"
Katanya, "Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim.
Kemudian dia akan berpindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!"
Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu segerombolan saudagar Arab dan kabilah "Kalb" lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, "Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku."
Jawab mereka, "Baiklah! Kami bawa engkau ke sana."
Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai hamba. Pada suatu hari anak saudara majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya daripada majikanku.
Aku berpindah  ke Yastrib dengan majikanku yang baru ini. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.
Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi baginda masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da'wah yang baginda sebarkan kerana aku terlalu sibuk dengan tugasku sebagai hamba.
Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah saw. berpindah ke Yastrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak saudaranya mengatakan, "Biar mampus Bani Qaiah!( kabilah Aus dan Khazraj) Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba' menyambut kedatangan lelaki dari Makkah yang mendakwa dirinya Nabi."
Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku akan menimpa majikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, "Apa kabar anda? Cubalah khabarkan kembali kepadaku!"
Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, "Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!"
Keesokannya aku mengambil buah kurma seberapa banyak yang mampu kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah saw..
Kataku "Aku tahu tuan orang soleh. Tuan datang bersama-sama sahabat  tuan sebagai perantau. Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekahkan kepada tuan. Aku lihat tuanlah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain." Lalu aku hulurkan kurma itu ke hadapannya.
Baginda berkata kepada para sahabatnya, "silakan kalian makan,...!" Tetapi baginda tidak menyentuh sedikit pun makanan itu apalagi untuk memakannya.
Aku berkata dalam hati, "Inilah satu di antara ciri cirinya!"
Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang terdaya kukumpulkan. Ketika Rasulullah saw. pindah dari Quba' ke Madinah, kubawa kurma itu kepada baginda.
Kataku, "Aku lihat tuan tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk tuan."
Rasulullah saw. memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan baginda mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengannya. Kataku dalam hati, "ini ciri kedua!"
Kemudian kudatangi baginda di Baqi', ketika baginda menghantar jenazah sahabat baginda untuk dimakamkan di sana. Aku melihat baginda memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada baginda, aku berjalan mengekorinya sambil melihat ke belakang baginda untuk melihat tanda kenabian yang dikatakan guruku.
Agaknya baginda mengetahui maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti belakangnya, sehingga aku melihat dengan jelas tanda kenabiannya.
Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku terus memeluk bagindanya, lalu kuciumi dia sambil menangis.
Tanya Rasulullah, "Bagaimana khabar Anda?"
Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat baginda. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.
Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.
Salman sibuk bekerja sebagai hamba. Dan kerana inilah yang menyebabkan Salman terhalang mengikuti perang Badar dan Uhud. "Rasulullah saw. suatu hari bersabda kepadaku, "Mintalah kepada majikanmu untuk bebas, wahai Salman!" Maka majikanku membebaskan aku dengan tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah.
Kemudian Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat dan bersabda, "Berilah bantuan kepada saudara kalian ini." Mereka pun membantuku dengan memberi pohon (tunas) kurma. Seorang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon, ada yang 15 pohon, dan ada yang 10 pohon, setiap orang sahabat memberiku pohon kurma sesuai dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul benar-benar 300 pohon.
Setelah terkumpul Rasulullah saw. bersabda kepadaku, "Berangkatlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu, jika telah selesai datanglah kemari aku akan meletakkannya di tanganku."
Aku pun menanamnya dengan dibantu para sahabat. Setelah selesai aku menghadap Rasulullah saw. dan memberitahukan perihalku, Kemudian Rasulullah saw. keluar bersamaku menuju kebun yang aku tanami itu. Kami dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan Rasulullah  saw. pun meletakkannya di tangan baginda. Maka, demi jiwa Salman yang berada di tanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati.
Untuk tebusan pohon kurma sudah dipenuhi, aku masih mempunyai tanggungan wang sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah  saw. membawa emas sebesar telur ayam hasil dari rampasan perang. Lantas baginda bersabda,  "Apa yang telah dilakukan Salman al-Farisi?"
Kemudian aku dipanggil baginda, lalu baginda bersabda,  "Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman!"
"Wahai Rasulullah saw., bagaimana status emas ini bagiku? Soalku inginkan kepastian daripada baginda.
Rasulullah menjawab, "Ambil saja! Insya Allah, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberi kebaikan kepadanya." Kemudian aku menimbang emas itu. Demi jiwa Salman yang berada di tanganNya, berat ukuran emas itu 40 uqiyah. Kemudian aku penuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku, dan aku dimerdekakan.
Setelah itu aku turut serta bersama Rasulullah saw. dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.'
(HR. Ahmad, 5/441; ath-Thabrani dalam al-Kabir(6/222); lbnu Sa'ad dalamath-Thabagat, 4/75; al-Balhaqi dalam al-kubra, 10/323.)