“abang..kita ambik anak angkat nak tak”.pujuk ain.
“ ain...abang penat tau sekarang ni.Nanti tunggu penat abang
hilang baru kita bahas ye.”.balas fauzi,sambil melangkah meninggalkan ain yang
masih berdiri di penjuru ruang tamu.
“abang..abang..”.jerit ain.Fauzi tetap tidak pedulikan ain
malah dia terus menuju ke bilik air.
Ermmm..agaknya abang tak suka kalau nak ambik anak
angkat.Cara apa lagi yang ain nak buat?,bisik hatinya.
“AIN.kau setuju tak?”.Ain menoleh ke belakang dilihatnya
Alisa a.k.a miss world berdiri di
sebelah kereta myvi milik suaminya.
“ kau ni kan Lisa..selalu je terjah aku.Tak ada pun nak bagi
salam dulu.Kalau tok yam kau buat macam ni tak ke pisau melayang kat muka
kau.Sia-sia jer kau make up macam miss world.”bebel ain.
“hahaha..merepek jer kau ni..apa kau kata tadi? Miss
world?..hello!! dorang pun kalah ok.”gelak alisa sambil tangannya mencapai kuih
bahulu yang dibuat oleh ibu ain.Memang meletop rasanya!
Alisa lah sahabat karib Ain dari zaman kecil hinggalah dia
dewasa.Alisa jugalah yang mengajarnya erti sebuah kesabaran.Nasib kau lah Ain
kahwen dengan c Fauzi panas baran tu.Kalau aku memang dah jadi lauk asam pedas
.Alisa..Alisa..memang kau tak kahwin sampai tua lah.
Adakalanya Ain menangis,terkenang akan sikap Fauzi yang
panas baran.Bukan hanya Ain dikasarinya malah Along dan adik pun sama terkena
api kemarahannya itu.Nak dikatakan gengster tu tak jugak..badan dah kecik macam
ikan bilis kalau kena tumbuk tak ke masuk icu seminggu dua minggu.
“lisa...aku nak sangat ambik anak angkat.Aku berkenan sangat
dengan budak yang hari tu.Aku tengok dia..rasa tenang je..tapi isnyaalah aku
akan ambik jugak”.
“ambik jer lah..apa susah..”.balas alisa
“lisa...kau tahu kan fauzi tu macam mana .Dia macam tak suka
je kalau aku ambik anak angkat.”.jawab ain.
“so??”.
“ermmm...nanti aku bincang dengan dia lagi”.
“ ok..my dear friend..kalau dia marah kau..tengking kau..kau
cakap kat aku.Biar aku sembelih dia buat bbq”.
Kedengaran suara ain memecah kesuyian pagi.AIN..AIN..lamanya
aku tak tengok kau gelak macam ni semenjak kau kahwen dengan si ikan bilis
tu.Tak apa ain..suatu hari nanti mesti semuanya akan berubah.AKU DOAAKAN KAU
AIN!..
........
“ain..”.sergah fauzi.
“awak nak ambik anak angkat kan?”.soal fauzi
Pelik jugak suami aku ni..hari tu macam tak suka jer aku
ambik anak angkat.Entah makhluk apa yang merasuk dia ni.Walau apa pun harap
haraplah dia setuju aku nak ambik anak angkat.
“ ye bang..saya dah jumpa budak tu..comel sangat macam along
dan adik”.
“kalau awak berkenan sangat..awak ambik jer dia.TAPI...”.
TAPI?? Ya ALLAH bagi lah dia jangan mengarut letak syarat
bagai!...
“Tapi kalau awak nak ambik anak angkat,mesti lelaki”.lantas
fauzi menuju ke meja makan,tanpa ada mendengar jawapan dari AIN.
Wekk..laki aku ni belum sempat nak kata “ye” atau “tidak”
dah menuju ke meja makan.Tapi tak apa janjji dia izinkan aku ambik anak
anggkat..kebetulan anak angkat aku tu lelaki,tak payah nak gaduh sampai nak
buat perang dunia ke 3.
“abang..terima kasih”.ucap ain ketika fauzi berada di meja
makan.kelihatan terukir senyuman di bibirnya.
“emm..sama-sama..kalau nak jemput dia..minta Alisa temankan
tak pun si kamarul tu.Abang buzy sikit dua tiga hari ni.”. wajah fauzi
selamba,tangannya ralit menceduk kuah kari.
AMBOI! Suka hati je
nak suruh dorang ni temankan Ain.Ada
suami sibuk memanjang..redha lah Ain dah jodoh kau dengan dia.Ini dah ketentuan
ALLAH SWT..tentu ada hikmanhnya..terima kasih ya ALLAH..
............
“mama nak pegi mana ni?”. Soal along.
“ mama nak...”.belum sempat Ain berbicara Alisa sudah
tercegak di hadapan pintu rumahnya,dengan memakai baju warna merah,tudung shwal
merah cair ,dan high hell berwarna hitam.PERGHHH! sah-sah nak pegi mall sekali.
“ along..nanti adik bangun buatkan dia susu tau..jangan
biarkan dia nangis”.ain segera mempercepatkan langkahnya.
“amboii..lisa..sah-sah nak pegi mall kan sekali kan?”.
“ ye lah cik ain..opss! puan ain..lupa kau dah kahwen dengan
si bilis tu heeh.Aku nak beli beg baru malam ni ada dinner dengan majikan
aku.”ujar alisa.
“hah! Boleh belanja aku lah ni.Tapi kau tak kisah ke bawak
sekali budak tu?”.soal ain sambil membetulkan tudungnya.
“ehhh kau ni..bawa jer lah..x de dia nak makan aku”.balas
alisa.
Alisa kau memang kawan aku dunia akhirat.Kau ada jer masa
aku susah dan senang.Ermm kalau kau pindah dekat Thailand tu tinggal lah
bestfriend aku sorang c kamarul tu.
............
Adakah aku bersedia menerima Aiman sebagai anak angkat
ku.’bisik hati Ain.Aku takut along dan adik tak suka dengan kehadiran Aiman.Aku
kena fikir positif.
“assalamualaikum mama”.suara kecil menyerpa Ain dari
belakang.
“waalaikumsalam Aiman”.jawab Ain sambil memeluk Aiman.
“mama..ibu baru saya?”.tanya Aiman
“iya sayang..jom naik kereta dengan aunty Lisa”.
“Ain...aku muda ok! Suruh dia panggil aku kakak”.lisa
mencebik.
“ye..ye..ini kaka lisa a.k.a miss wolrd”.terang ain.Matanya
tidak berlaih dari memandang Aiman.Terlihat seperti ada cahaya di wajahnya..ALLAH KAU MAHA BESAR.
......
“along..adik..cuba tengok siapa ni?”.
“ wah..Aiman.Aiman jom main dengan kami..jom”.along menarik
tangan aiman dan adik hanya melihat telatah along yang sangat gembira bertemu
dengan aiman.
“along..along..ni sape?’soal adik.
“ini abang adik yang baru”.jawab along .
Alhamdulilah..along dan adik menerima Aiman
seadanya..mungkin inilah keajaiban ALLAH SWT memberikan Aiman dalam keluarga
kami.
.....(20 tahun)
“ abang..kalau nak tinggalkan saya demi Asyikin silakan.Tapi
ceraikan saya”.
“HEYY Ain..kau ni memang keras kepala kan.Aku dah kata yang
aku tak akan ceraikan kau! So kau jangan berharap nak bercerai dengan
aku!”.jerkah fauzi.
Sekian lama Fauzi membiarkan Ain dan anak-anaknya tanpa
memberi kasih sayang .Tiasa seorang pun yang tahu bagaimana Fauzi melayan
mereka.Ya memang benar yang Fauzi selalu bersikap panas baran namun dia
merehsiakan sagalanya dari diketahui orang lain.Ain tidak mahu orang bersimpati
dengannya dan dia yakin suaut hari nanti
keluarganya pasti akan bahagia.
“abang ..tolonglah jangan buat saya macam ni.Saya akan
izinkan abang kahwin dengan dia”.mata ain mula merah dan berkali-kali titisan
aimatanya jatuh.
“kau dengar sini baik-baik! Kita kahwin pun sebab mak dengan
abah yang paksa,jadi walaupun aku tak suka kau,kau ingat aku nak lepaskan kau
macam tu jer.Hei aku ada malu,aku tak akan calarkan nama Datuk hisyam dan Datin
Munirah!”. Fauzi membentak Ain .
Datuk hisyam dan Datin munirah adalah ibu bapa kepada
Fauzi,yang segaja mengahwinkan Ain dengan anaknya kerana ingin menutup
malu,kerana Fauzi pernah dituduh menjadi penyebab Zanita hamil.Pada ketika itu
Ain berkeja sebagai pembantu pribadi Datuk Hisyam.
“ ayah, dahlah jangan buat mama macam ni”.Aiman mencencelah.
“ Aiman tak payah nak subuk hal kami.Kau tu anak angkat
je,jangan nak lebih-lebih”.kini Fauzi sudah hilang kawalan.Tanpa memikirkan
perasaan Aiman,dia berlalu pergi dan terus menuju keluar.
“mama,tak apa lah suatu hari nanti kita akan bahasgia”.pujuk
adik.
Kini sudah 20 tahun aku menyara anak-anakku dengan
bersendirian.Alhamdulilah kebesaran ALLAH SWT aku berjaya mendidik mereka tanpa
aku diberi kekuatan oleh ALLAH SWT aku tak akan dapat mendidik mereka dengan
baik.
Along sudah berkerja sebagai Jurutera,adik pula sudah
mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang guru dan Aiman mengajar kelas
fardhu ain di surau untuk sementara waktu .
............
“ Ain,ambilkan aku air oren dekat peti ais tu,lepastu jangan
lupa ambilkan keropok aku kat dapur.”.perintah Asyikin.
“ kejap ye Asyikin”.
Ain dijadikan sebagai amah di rumah sendiri.Setiap hari dia
mengemas rumah tanpa ada bantuan dari Asyikin.Asyikin hanya tahu mengarah dan
dia juga penyebab along dan adik pindah dari rumah.Asyikin menuduh along dan
adik cuba untuk mencabulnya dan segaja melakukan itu.Hanya Aiman yang setia
bersama Ain.Dia sabar menghadap sikap Asyikin yang kurang ajar dan sesekali dia
juga menasihati ibu Asyikin namun gagal!.
Aku dah tak tahan! Ya Allah tolonglah aku.Tabahkan hatiku menghadapi semua ini.
‘mama sakit ke? Pucat je ni.”.soal Aiman.
“mama ok Aiman.tak payah risau ye”.balas Ain sambil tanganya
ralit malipat kain.
Mesti mama sakit.Tapi sakit apa.Setahu ku mama tak pernah
mengadu sakit t’bisik hati kecil Aiman.
........
Hari demi hari kesihatan Ain semakin merosot.Tubuhnya yang
berisi menjadi susut.Along dan Adik pula tidak mahu pulang ke rumah kerana
terlalu benci akan Asyikin.Ain hanya ditemani Aiman dan Fauzi hanya memikirkan
isteri barunya tanpa memperdulikan Ain.
“mama kita pegi hospital ye”.
“mama tak larat nak jalan.Mama lemah”.
Aiman sangat risau akan kondisi Ain.Setiap hari Aiman sering
sahaja pulang awal ke rumah kerana takut
terjadi sesuaut yang tidak diidgini berlaku.
“Aiman nak solat dulu,mama baring kat sini ye.”.Aiman
berlalu pergi.
Ya ALLAH terima kasih engkau berikan Aiman kepada ku.Aku
tenang bersamanya.Meski pun dia hanya anak angkat ku namun aku menyayaiginya
seperti anak kandungku sendiri.Aku rindu pada along dan adik.Tapi mereka tidak
mahu bertemu ku kerana serumah dengan Asyikin.
“ aiman dah siap solat.?”.tanya ain.
“ermm dah..”.
“Aiman mama nak solat tapi mama tak boleh ambik wuduk
sendiri”.
Mama nak solat? Macam mana aku nak bantu! Hah mungkin makcik
salimah boleh tolong.
“ mama kejap Aiman call makcik Salimah”.
“assalammualaikum
makcik.makcik boleh tak datang rumah saya’.
“waalaikumsalam.insyaalah boleh.tapi kenapa?’.
“ tolong mama ambil wuduk.”.jelas Aiman.
“boleh-boleh insyaalah”..
.......................
Makcik Salimah yang terkenal sebagai seorang yang baik
hati.Dia sudah mengagap Aiman sebagai anakn.Karim
anak makcik salmah meninggal dunia akibat kemalangan semasa melanjutkan
perlajaran di Mesir.
“ok dah..kamu solat baring je lah”.perintah makcik salimah.
“terima kasih ka”.ain membalas dengan memeluk makcik salimah.kelihatan
mereka sangat akhrab.
“sama-sama”.
“Usalli fardhaz dzuhri arba'a
raka'atin ada-an lillahi ta'ala.”.
Ketika
Ain sedang bersolat kedengaran suara riuh di tinggat bawah rumah.Seperti bunyi
kaca pecah.Mungkin kucing jiran sebelah.’kata hati Aiman.
“assalamualaikum
warahmatullah (kanan).assalamualaikum warahmatuhllah(kiri),”.
“mama
jom kita makan”.
“mama..mama”.berulang
kali Aiman mengejutkan Ain namun tiada riaksi.
Pelik
lah mama ni tak kan lepas solat tidur.Tak buka elekung pun.
Aiman
cuba untuk mengagangkat Ain ke katil.Namun masih tidak ada riaksi.Aiman cuba memeriksa
nadi Ain.
Innalillahi
Wainalilahi Rojiun..’tenang Aiman bersuara.
Segera Aiman memanggil
Fauzi dan Asyikin.
“abah ,makcik..mama
meninggal.”.
Tersentak Fauzi ketika
mendegar berita itu.Asyikin jua kaku.Mereka segera naik ke bilik Ain dan baru
sekali Fauzi menitiskan air mata.Asyikin cuba menenagkan Fauzi namun sebalinya
dia yang dihalau fauzi keluar bilik.
“Ain..maafkan
abang.selama ni abang tak peduli pasal ain.maafkan abang sayang”.rintih fauzi
dan mengemgam tangan Ain.Airmatanya tidak henti mengalir.
“ assalamualaikum”.sapa
along dan adik serentak.
Along dan adik seperti
tidak percaya dengan pemergian ibunya.Mereka menyesal kerana tidak
memperdulikan Ain ketika sakit.Namun kini segalanya tinggal kenangan.
“aku tak percaya mama
meninggal.Mama adik sayang mama”.
“Along dan adik janji
akan jaga mama..bangunlah ma..”.
Aiman berdiri di tepi
penjuru pintu dan hanya melihat Fauzi,Along dan Adik.Dia juga terpukul seperti
mereka.Namun dia bersyukur kerana dapat bersama Ain hingga akhir hayat.
........................(seminggu
kemudian)
“aku ceraikan kau
asyikin.”.
“apa? Abang jangan nak
mengarut.”.Asykin meraup wajahnya seperti tidak percaya dengan kata Fauzi.
“yer aku nak ceraikan
kau talak 3.”.ulang fauzi bersuara.
“ok,tapi kau jangan
harap nak jumpa aku lagi.”.
UNTUK SUAMI TERCINTA.
MOHD FAUZI BIN DATUK HISYAM...
ABANG TERIMA KASIH SEBAB SUDI JADI PASANGAN
HIDUP AIN.AIN TAK MINTA PERKAHWINAN KITA
INI BERLAKU,TAPI INI SEMUA KETENTUAN ALLAH SWT,SEBAB TU AIN TAK MENOLAK MASA
DATUK DAN DATIN NAK PINANG AIN.ABANG INGAT TAK MASA KITA KAWIN? ABANG TAK SUDI
PUN PANDANG AIN! JAHANTNYA HEHE..MASA TU AIN GERAM SANGAT! J
ABANG..AIN TIAP HARI BERDOA SUPAYA KELUARGA
KITA BAHAGIA DAN ABANG DAPAT TERIMA AIN.
MAAFKAN AIN ABANG...AIN TERPAKSA MERAHSIAKAN
YANG AIN MENGHIDAP BARAH OTAK,SEBAB TU AIN SELALU PENING...SUATU HARI BILA AIN
DAH DIJEMPUT ALLAH SWT TOLONG JAGA ALONG,ADIK DAN AIMAN...TIADA BEZA KASIH AIN
TERHADAP MEREKA....WALAUPUN DIA ANAK ANGKAT KITA SAYANG DIA SEPERTI ABANG
SAYANG ALONG DAN ADIK......
~NURUL
AIN~
Fauzi hanya mampu menangis dan menangis.Dia tidak mengetahui
yang Ain menghidap barah otak.Perasaan menyesal menyelubunggi dirinya kini
hanya doa mampu dikirmkannya..dan Along,Adik dan Aiman adalah sumber
kebahagiaanya..........