ALLAH test us often with suffering and with sorrow he test us not to punish us but to help us meet tomorrow

Wednesday, 27 March 2013

Kebesaran membaca Bismillah













Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Tuesday, 26 March 2013

kajian..:)

assalamualaikum...

26/3/2012,,tarikh yang sangat best,menyedihkan dan mengeramkan...

hari ni buat kajian geo dan sejarah.walaupun banyak dugaan namun alhamdulilah ALLAH SWT memudahkan segalanganya .terima kasih paci2x yang sporthing layan kami tadi.Tanya 1 sepuluh paci tu bagi kami jawapan,sangat terbaik..:)...yang kajian sejarah kawan sy yang baik hati sudah buat kajian dengan induvidu disebabkan lupa yang kami adalah kumpulan..apa-apa pun terima kasih la..:)..terima kasih juga pada cigu yang jumpa di kedai tadi sebab layan anak murid yang banyak tanya ni..@_@

#hah! bincang..dan bincang#

#bff yang suka ketawa# :D

# bff yg x dpt dtg tadi..kalau ada mesti meriah:D#
# ni yang suka sgt mengambar...c suiffah pun suka bnr mengambar ni..insyaalah...nanti bleh jadi jurugambar..P#


dengan ini tamatlah sudah pengembaraan kami di pulau indah ini..:)...walaupun tadi ada yang x datang..tapi x apa ..jangan rasa besalah...:)...yang penting nanti kita bincang sekali lagi ..ok...TERIMA KASIH..;)


Sunday, 24 March 2013

Cinta ALLAH MENJEMPUTNYA..


Jam menunjukkan pukul  4 pagi.
Aku bangun setelah mendengar bunyi deringan telefon,kubaca nama di skrin telefon milik ibu..”sakinah”.Makcik sakinah?..ada apa?.Aku terus mengejutkan ibu yang sedang nyeyak tidur.

Ibu rancak berbual bersama makcik sakinah.Aku pula tidak mahu menganggu perbualan mereka terus menghempaskan tubuh ke katil.Pada ketika aku sudah hanyut di buai mimpi,berulangkali aku terdengar suara ibu memnggil nama ku.Aku dalam keadaan malas lantas bangun.Ku lihat ibu menangis bertubi-tubi.kenapa dengan ibuku?.

Aku mempercepatkan langkah mendapatkan ibu yang duduk di kerusi ruang tamu rumah.Ibuku memberitahu yang pakcik  osman telah meninggal dunia.Kelu lidah ku untuk berbicara ketika itu yang kelihatan hanyalah curahan airmata.Aku bergeggas ke bilik menukar pakain untuk berangkat ke hospital bersama anak arwah dan pakcik hashim.

Sesampaiku di hospital ku lihat ada beberapa sahabat anak sulung arwah menunggu di ruang menunggu.Aku dan dua lagi anak arwah terus berlari menuju ke wad tempat arwah dirawat.Sekali lagi aku tak dapat menahan sebak  apabila melihat doktor dan  3 orang jururawat wanita bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawa arwah

.Pada ketika itu aku mencapai yassin yang ada di meja sebelah katil arwah dan kubaca.Setelah aku membaca surah yassin itu aku berharap agar ALLAH SWT menunjukkan kekuasaanya menyembuhkan arwah.Namun ALLAH SWT merancang lain, dia lebih menyayangi arwah dan layaklah dia mengambil kembali umatnya.

Firman Allah Taala, ``Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat melambatkannya barang sesaat pun, dan tidak pula dapat menyegerakannya.'' (Yunus: 49)


Seperti dibuai mimpi ku ketika itu.Mana tidaknya aku salah seorang anak buah arwah yang rapat dengannya.Aku sentiasa tersenyum dan gembira apabila bertemu arwah,kerana arwah sangat baik pada ku.Susah senang keluarga ku arwah orang pertama yang mempelawa diri untuk membantu

Ketika sudah selesai menguruskan van kecemasan dan sebagainya di hospital,jenazah di bawa balik ke rumah dan ramai kenalan dan orang kampung hadir.subahanALLAH sangat ramai orang pada ketika itu seperti ada majlis kenduri kawin pula.
Aku melihat orang sekelilingku masing-masing mengucapkan takziah kepada isteri,anak dan keluarga arwah.Dari sana aku terasa seperti kecilnya aku dari kuasa ALLAH SWT yang sangat besar.Dia mengkehendaki sesuautu yang dapat terjadi dalam sekelip mata .

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” 
(Al-Anbiya : 35).

Ketika saat jenazah dim
andikan hanya ada anak dan orang yang ditugaskan memandikan jenazah saja berada di tirai.Aku duduk dan terus membaca yassin.Air mata ku berterusan menitis satu persatu.Selesai saja jenazah dimandikan tiba masanya untuk dikafankan lalu disembahyangkan
.
Apabila semuanya sudah selesai tiba masanya untuk jenazah di kuburkan,setibanya aku di tanah perkuburan tersebut kulihat sangat ramai pemuda di kampung dan kenalan arwah yang menunggu.Aku berfikir kenapa terlalu ramai orang datang ke rumah arwah dan kini di tanah perkuburan juga?...mengikut kisah yang diceritakan oleh sahabat arwah,pakcik osman seorang yang suka berkawan dan suka menolong orang mungkin itu yang ingin ditunjukkan ALLAH SWT betapa dihormatinya orang yang suka menjalin ukhwah.SUBAHANALLAH MAHA ESA ALLAH.

Selesai mengebumikan jenazah,aku dan keluarga pulang ke rumah untuk berehat.Lalu aku disapa oleh anak sulung arwah,dia menceritakan kisah ketika memandikan jenazah ayahnya.Dia menceritakan bahawa ketika sedang memandikan jenazah ayahnya..mukanya putih dan semasa perut arwah ditekan untuk mengeluarkan najis..tiada najis pun yang keluar.Berulang mereka melakukan namun hebatnya kuasa ALLAH SWT langsung tiada najis yang keluar.

Begitulah cerita yang saya ingin kongsikan kali ini.Cerita ini hanya sebagai pengajaran pada kita dan tidak ada niat sama sekali untuk mengaibkan sesiapa.Saya mohon tiada sebarang reaksi negetif yang diberi kerana saya menulis hanya untuk perkongsian bersama.Akhir kata dari saya “YANG BAIK DATANG DARI ALLAH SWT,YANG LEMAH DATANG DARI DIRI  SAYA SENDIRI YANG MANA SAYA MASIH BELAJAR DAN MENGEJAR REDHA ILAHI”.