ALLAH test us often with suffering and with sorrow he test us not to punish us but to help us meet tomorrow

Thursday, 21 February 2013

kasih ain



“abang..kita ambik anak angkat nak tak”.pujuk ain.
“ ain...abang penat tau sekarang ni.Nanti tunggu penat abang hilang baru kita bahas ye.”.balas fauzi,sambil melangkah meninggalkan ain yang masih berdiri di penjuru ruang tamu.
“abang..abang..”.jerit ain.Fauzi tetap tidak pedulikan ain malah dia terus menuju ke bilik air.
Ermmm..agaknya abang tak suka kalau nak ambik anak angkat.Cara apa lagi yang ain nak buat?,bisik hatinya.
“AIN.kau setuju tak?”.Ain menoleh ke belakang dilihatnya Alisa a.k.a  miss world berdiri di sebelah kereta myvi milik suaminya.
“ kau ni kan Lisa..selalu je terjah aku.Tak ada pun nak bagi salam dulu.Kalau tok yam kau buat macam ni tak ke pisau melayang kat muka kau.Sia-sia jer kau make up macam miss world.”bebel ain.
“hahaha..merepek jer kau ni..apa kau kata tadi? Miss world?..hello!! dorang pun kalah ok.”gelak alisa sambil tangannya mencapai kuih bahulu yang dibuat oleh ibu ain.Memang meletop rasanya!
Alisa lah sahabat karib Ain dari zaman kecil hinggalah dia dewasa.Alisa jugalah yang mengajarnya erti sebuah kesabaran.Nasib kau lah Ain kahwen dengan c Fauzi panas baran tu.Kalau aku memang dah jadi lauk asam pedas .Alisa..Alisa..memang kau tak kahwin sampai tua lah.
Adakalanya Ain menangis,terkenang akan sikap Fauzi yang panas baran.Bukan hanya Ain dikasarinya malah Along dan adik pun sama terkena api kemarahannya itu.Nak dikatakan gengster tu tak jugak..badan dah kecik macam ikan bilis kalau kena tumbuk tak ke masuk icu seminggu dua minggu.
“lisa...aku nak sangat ambik anak angkat.Aku berkenan sangat dengan budak yang hari tu.Aku tengok dia..rasa tenang je..tapi isnyaalah aku akan ambik jugak”.
“ambik jer lah..apa susah..”.balas alisa
“lisa...kau tahu kan fauzi tu macam mana .Dia macam tak suka je kalau aku ambik anak angkat.”.jawab ain.
“so??”.
“ermmm...nanti aku bincang dengan dia lagi”.
“ ok..my dear friend..kalau dia marah kau..tengking kau..kau cakap kat aku.Biar aku sembelih dia buat bbq”.
Kedengaran suara ain memecah kesuyian pagi.AIN..AIN..lamanya aku tak tengok kau gelak macam ni semenjak kau kahwen dengan si ikan bilis tu.Tak apa ain..suatu hari nanti mesti semuanya akan berubah.AKU DOAAKAN KAU AIN!..

........
“ain..”.sergah fauzi.
“awak nak ambik anak angkat kan?”.soal fauzi
Pelik jugak suami aku ni..hari tu macam tak suka jer aku ambik anak angkat.Entah makhluk apa yang merasuk dia ni.Walau apa pun harap haraplah dia setuju aku nak ambik anak angkat.
“ ye bang..saya dah jumpa budak tu..comel sangat macam along dan adik”.
“kalau awak berkenan sangat..awak ambik jer dia.TAPI...”.
TAPI?? Ya ALLAH bagi lah dia jangan mengarut letak syarat bagai!...
“Tapi kalau awak nak ambik anak angkat,mesti lelaki”.lantas fauzi menuju ke meja makan,tanpa ada mendengar jawapan dari AIN.

Wekk..laki aku ni belum sempat nak kata “ye” atau “tidak” dah menuju ke meja makan.Tapi tak apa janjji dia izinkan aku ambik anak anggkat..kebetulan anak angkat aku tu lelaki,tak payah nak gaduh sampai nak buat perang dunia ke 3.
“abang..terima kasih”.ucap ain ketika fauzi berada di meja makan.kelihatan terukir senyuman di bibirnya.
“emm..sama-sama..kalau nak jemput dia..minta Alisa temankan tak pun si kamarul tu.Abang buzy sikit dua tiga hari ni.”. wajah fauzi selamba,tangannya ralit menceduk kuah kari.
AMBOI! Suka hati  je nak suruh  dorang ni temankan Ain.Ada suami sibuk memanjang..redha lah Ain dah jodoh kau dengan dia.Ini dah ketentuan ALLAH SWT..tentu ada hikmanhnya..terima kasih ya ALLAH..
............
“mama nak pegi mana ni?”. Soal along.
“ mama nak...”.belum sempat Ain berbicara Alisa sudah tercegak di hadapan pintu rumahnya,dengan memakai baju warna merah,tudung shwal merah cair ,dan high hell berwarna hitam.PERGHHH! sah-sah nak pegi mall sekali.
“ along..nanti adik bangun buatkan dia susu tau..jangan biarkan dia nangis”.ain segera mempercepatkan langkahnya.
“amboii..lisa..sah-sah nak pegi mall kan sekali kan?”.
“ ye lah cik ain..opss! puan ain..lupa kau dah kahwen dengan si bilis tu heeh.Aku nak beli beg baru malam ni ada dinner dengan majikan aku.”ujar alisa.
“hah! Boleh belanja aku lah ni.Tapi kau tak kisah ke bawak sekali budak tu?”.soal ain sambil membetulkan tudungnya.
“ehhh kau ni..bawa jer lah..x de dia nak makan aku”.balas alisa.
Alisa kau memang kawan aku dunia akhirat.Kau ada jer masa aku susah dan senang.Ermm kalau kau pindah dekat Thailand tu tinggal lah bestfriend aku sorang c kamarul tu.
............

Adakah aku bersedia menerima Aiman sebagai anak angkat ku.’bisik hati Ain.Aku takut along dan adik tak suka dengan kehadiran Aiman.Aku kena fikir positif.
“assalamualaikum mama”.suara kecil menyerpa Ain dari belakang.
“waalaikumsalam Aiman”.jawab Ain sambil memeluk Aiman.
“mama..ibu baru saya?”.tanya Aiman
“iya sayang..jom naik kereta dengan aunty Lisa”.
“Ain...aku muda ok! Suruh dia panggil aku kakak”.lisa mencebik.
“ye..ye..ini kaka lisa a.k.a miss wolrd”.terang ain.Matanya tidak berlaih dari memandang Aiman.Terlihat seperti ada  cahaya di wajahnya..ALLAH KAU MAHA BESAR.
......
“along..adik..cuba tengok siapa ni?”.
“ wah..Aiman.Aiman jom main dengan kami..jom”.along menarik tangan aiman dan adik hanya melihat telatah along yang sangat gembira bertemu dengan aiman.
“along..along..ni sape?’soal adik.
“ini abang adik yang baru”.jawab along .
Alhamdulilah..along dan adik menerima Aiman seadanya..mungkin inilah keajaiban ALLAH SWT memberikan Aiman dalam keluarga kami.
.....(20 tahun)

“ abang..kalau nak tinggalkan saya demi Asyikin silakan.Tapi ceraikan saya”.
“HEYY Ain..kau ni memang keras kepala kan.Aku dah kata yang aku tak akan ceraikan kau! So kau jangan berharap nak bercerai dengan aku!”.jerkah fauzi.
Sekian lama Fauzi membiarkan Ain dan anak-anaknya tanpa memberi kasih sayang .Tiasa seorang pun yang tahu bagaimana Fauzi melayan mereka.Ya memang benar yang Fauzi selalu bersikap panas baran namun dia merehsiakan sagalanya dari diketahui orang lain.Ain tidak mahu orang bersimpati dengannya dan  dia yakin suaut hari nanti keluarganya pasti akan bahagia.
“abang ..tolonglah jangan buat saya macam ni.Saya akan izinkan abang kahwin dengan dia”.mata ain mula merah dan berkali-kali titisan aimatanya jatuh.
“kau dengar sini baik-baik! Kita kahwin pun sebab mak dengan abah yang paksa,jadi walaupun aku tak suka kau,kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu jer.Hei aku ada malu,aku tak akan calarkan nama Datuk hisyam dan Datin Munirah!”. Fauzi membentak Ain .
Datuk hisyam dan Datin munirah adalah ibu bapa kepada Fauzi,yang segaja mengahwinkan Ain dengan anaknya kerana ingin menutup malu,kerana Fauzi pernah dituduh menjadi penyebab Zanita hamil.Pada ketika itu Ain berkeja sebagai pembantu pribadi Datuk Hisyam.
“ ayah, dahlah jangan buat mama macam ni”.Aiman mencencelah.
“ Aiman tak payah nak subuk hal kami.Kau tu anak angkat je,jangan nak lebih-lebih”.kini Fauzi sudah hilang kawalan.Tanpa memikirkan perasaan Aiman,dia berlalu pergi dan terus menuju keluar.
“mama,tak apa lah suatu hari nanti kita akan bahasgia”.pujuk adik.
Kini sudah 20 tahun aku menyara anak-anakku dengan bersendirian.Alhamdulilah kebesaran ALLAH SWT aku berjaya mendidik mereka tanpa aku diberi kekuatan oleh ALLAH SWT aku tak akan dapat mendidik mereka dengan baik.
Along sudah berkerja sebagai Jurutera,adik pula sudah mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang guru dan Aiman mengajar kelas fardhu ain di surau untuk sementara waktu .
............
“ Ain,ambilkan aku air oren dekat peti ais tu,lepastu jangan lupa ambilkan keropok aku kat dapur.”.perintah Asyikin.
“ kejap ye Asyikin”.
Ain dijadikan sebagai amah di rumah sendiri.Setiap hari dia mengemas rumah tanpa ada bantuan dari Asyikin.Asyikin hanya tahu mengarah dan dia juga penyebab along dan adik pindah dari rumah.Asyikin menuduh along dan adik cuba untuk mencabulnya dan segaja melakukan itu.Hanya Aiman yang setia bersama Ain.Dia sabar menghadap sikap Asyikin yang kurang ajar dan sesekali dia juga menasihati ibu Asyikin namun gagal!.
Aku dah tak tahan! Ya Allah tolonglah aku.Tabahkan  hatiku menghadapi semua ini.
‘mama sakit ke? Pucat je ni.”.soal Aiman.
“mama ok Aiman.tak payah risau ye”.balas Ain sambil tanganya ralit malipat kain.
Mesti mama sakit.Tapi sakit apa.Setahu ku mama tak pernah mengadu sakit t’bisik hati kecil Aiman.

........
Hari demi hari kesihatan Ain semakin merosot.Tubuhnya yang berisi menjadi susut.Along dan Adik pula tidak mahu pulang ke rumah kerana terlalu benci akan Asyikin.Ain hanya ditemani Aiman dan Fauzi hanya memikirkan isteri barunya tanpa memperdulikan Ain.
“mama kita pegi hospital ye”.
“mama tak larat nak jalan.Mama lemah”.
Aiman sangat risau akan kondisi Ain.Setiap hari Aiman sering sahaja pulang awal ke rumah  kerana takut terjadi sesuaut yang tidak diidgini berlaku.
“Aiman nak solat dulu,mama baring kat sini ye.”.Aiman berlalu pergi.
Ya ALLAH terima kasih engkau berikan Aiman kepada ku.Aku tenang bersamanya.Meski pun dia hanya anak angkat ku namun aku menyayaiginya seperti anak kandungku sendiri.Aku rindu pada along dan adik.Tapi mereka tidak mahu bertemu ku kerana serumah dengan Asyikin.
“ aiman dah siap solat.?”.tanya ain.
“ermm dah..”.
“Aiman mama nak solat tapi mama tak boleh ambik wuduk sendiri”.
Mama nak solat? Macam mana aku nak bantu! Hah mungkin makcik salimah boleh tolong.
“ mama kejap Aiman call makcik Salimah”.
“assalammualaikum  makcik.makcik boleh tak datang rumah saya’.
“waalaikumsalam.insyaalah boleh.tapi kenapa?’.
“ tolong mama ambil wuduk.”.jelas Aiman.
“boleh-boleh insyaalah”..
.......................
Makcik Salimah yang terkenal sebagai seorang yang baik hati.Dia sudah mengagap  Aiman sebagai anakn.Karim anak makcik salmah meninggal dunia akibat kemalangan semasa melanjutkan perlajaran di Mesir.
“ok dah..kamu solat baring je lah”.perintah makcik salimah.
“terima kasih ka”.ain membalas dengan memeluk makcik salimah.kelihatan mereka sangat akhrab.

“sama-sama”.

                                      
“Usalli fardhaz dzuhri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.”.

Ketika Ain sedang bersolat kedengaran suara riuh di tinggat bawah rumah.Seperti bunyi kaca pecah.Mungkin kucing jiran sebelah.’kata hati Aiman.

“assalamualaikum warahmatullah (kanan).assalamualaikum warahmatuhllah(kiri),”.

“mama jom kita makan”.
“mama..mama”.berulang kali Aiman mengejutkan Ain namun tiada riaksi.
Pelik lah mama ni tak kan lepas solat tidur.Tak buka elekung pun.

Aiman cuba untuk mengagangkat Ain ke katil.Namun masih tidak ada riaksi.Aiman cuba memeriksa nadi Ain.

Innalillahi Wainalilahi Rojiun..’tenang Aiman bersuara.
Segera Aiman memanggil Fauzi dan Asyikin.
“abah ,makcik..mama meninggal.”.
Tersentak Fauzi ketika mendegar berita itu.Asyikin jua kaku.Mereka segera naik ke bilik Ain dan baru sekali Fauzi menitiskan air mata.Asyikin cuba menenagkan Fauzi namun sebalinya dia yang dihalau fauzi keluar bilik.
“Ain..maafkan abang.selama ni abang tak peduli pasal ain.maafkan abang sayang”.rintih fauzi dan mengemgam tangan Ain.Airmatanya tidak henti mengalir.
“ assalamualaikum”.sapa along dan adik serentak.
Along dan adik seperti tidak percaya dengan pemergian ibunya.Mereka menyesal kerana tidak memperdulikan Ain ketika sakit.Namun kini segalanya tinggal kenangan.
“aku tak percaya mama meninggal.Mama adik sayang mama”.
“Along dan adik janji akan jaga mama..bangunlah ma..”.
Aiman berdiri di tepi penjuru pintu dan hanya melihat Fauzi,Along dan Adik.Dia juga terpukul seperti mereka.Namun dia bersyukur kerana dapat bersama Ain hingga akhir hayat.
........................(seminggu kemudian)

“aku ceraikan kau asyikin.”.
“apa? Abang jangan nak mengarut.”.Asykin meraup wajahnya seperti tidak percaya dengan kata Fauzi.
“yer aku nak ceraikan kau talak 3.”.ulang fauzi bersuara.
“ok,tapi kau jangan harap nak jumpa aku lagi.”.

UNTUK SUAMI TERCINTA.
MOHD FAUZI BIN DATUK HISYAM...
ABANG TERIMA KASIH SEBAB SUDI JADI PASANGAN HIDUP  AIN.AIN TAK MINTA PERKAHWINAN KITA INI BERLAKU,TAPI INI SEMUA KETENTUAN ALLAH SWT,SEBAB TU AIN TAK MENOLAK MASA DATUK DAN DATIN NAK PINANG AIN.ABANG INGAT TAK MASA KITA KAWIN? ABANG TAK SUDI PUN PANDANG AIN! JAHANTNYA HEHE..MASA TU AIN GERAM SANGAT! J
ABANG..AIN TIAP HARI BERDOA SUPAYA KELUARGA KITA BAHAGIA DAN ABANG DAPAT TERIMA AIN.
MAAFKAN AIN ABANG...AIN TERPAKSA MERAHSIAKAN YANG AIN MENGHIDAP BARAH OTAK,SEBAB TU AIN SELALU PENING...SUATU HARI BILA AIN DAH DIJEMPUT ALLAH SWT TOLONG JAGA ALONG,ADIK DAN AIMAN...TIADA BEZA KASIH AIN TERHADAP MEREKA....WALAUPUN DIA ANAK ANGKAT KITA SAYANG DIA SEPERTI ABANG SAYANG ALONG DAN ADIK......
~NURUL  AIN~

Fauzi hanya mampu menangis dan menangis.Dia tidak mengetahui yang Ain menghidap barah otak.Perasaan menyesal menyelubunggi dirinya kini hanya doa mampu dikirmkannya..dan Along,Adik dan Aiman adalah sumber kebahagiaanya..........



No comments:

Post a Comment