ALLAH test us often with suffering and with sorrow he test us not to punish us but to help us meet tomorrow

Saturday, 16 February 2013

assalamualaikum wbt..

andai Rasulullah bersama kita..tentu kita akan rasa bertuah dan mesti air mata menitis
ingat! ingat! Rasulullah SWT rindu dan sayang umatnya..maka kita wajib untuk sayang Rasulullah..:)

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."

1 comment:

  1. dtg seorg sahabat Rasulullah saw,lalu beliau berkata "ya Rasulullah,sesungguhnya,aq tdk ada amalan,mahupun solat atau puasa tetapi aq mencintai Allah dan RasulNya" dan Rasulullah saw bersabda "anta ma'a man ahbabta"(kamu bersama dgn org yg kamu cintai)

    kata habib ali zainal abidin aljufri :aq mencintai org soleh miskinpun aq bukan dari kalangan mereka,aq bnci kpd tukang maksiat mskipun tukang maksiat itu adlh aq.janji Rasulullah saw,seseorg itu akn bersama2 org yg dicintai di akhirat kelak" :D

    ReplyDelete